Program Modenisasi Rantaian Nilai Agromakanan
PENGENALAN
Program Modenisasi Rantaian Nilai Agromakanan merupakan kemudahan pembiayaan yang ditawarkan melalui Agrobank selaras dengan tumpuan ke atas pertanian pintar dan bernilai tinggi dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 oleh pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menerusi Dasar Agromakanan Negara 2.0.
Program ini memberi penekanan kepada pemodenan sektor pertanian dan industri makanan di sepanjang rantaian nilai agromakanan melalui peningkatan penggunaan automasi dan teknologi yang berteraskan Revolusi Industri Keempat 4.0 (4IR).
SKOP PEMBIAYAAN
Skop pembiayaan ini melibatkan kemudahan pembiayaan di bawah konsep Syariah (Tawarruq) yang melibatkan pembiayaan bagi kos berkaitan pembelian aset, kos pembangunan dan kos modal kerja bagi sektor agromakanan bagi mengalakkan penggunaan teknologi dan automasi yang berteraskan 4IR. Antara skop pembiayaan adalah seperti berikut:
- Perolehan peralatan atau teknologi bagi memacu peningkatan pengeluaran hasil dengan kualiti yang lebih tinggi berbanding kaedah konvensional;
- Perolehan teknologi dan sistem yang telah diguna pakai oleh mana-mana projek sedia ada dan diperakukan hasil; dan
- Perluasan skop perniagaan dan pelaksanaan teknologi mesti menyumbang kepada peningkatan semasa amalan pertanian.
- Individu dan bukan individu;
- Individu berumur 18 tahun (semasa permohonan) sehingga berumur 60 tahun (pada tempoh matang);
- Bagi bukan individu, organisasi 51% hak milik warganegara Malaysia berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (perusahaan, perkongsian, Sdn Bhd) atau mana-mana agensi yang diluluskan oleh MAFI (seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia) yang beroperasi di Malaysia;
- Terlibat dengan pertanian kontrak atau pertanian bukan kontrak;
- Perniagaan yang diusahakan adalah patuh Syariah;
- Penilaian kredit adalah berdasarkan penilaian Bank (CCRIS, CTOS, analisis kewangan, dll);
- Tiada proses kebankrapan atau dinyatakan muflis atau di bawah proses penghakiman;
- Skala operasi yang setara sesuai bagi tujuan komersial (kesesuaian skala operasi tertakluk kepada jenis projek pertanian) sekiranya berkaitan;
- Hasil/produk adalah bertujuan untuk penjualan domestik atau eksport;
- Kegiatan perniagaan di bawah ruang/lot yang didaftarkan secara komersial menurut AKTA 172 (Bahagian IV Kawalan Perancangan, Seksyen 18) dan/atau tindakan yang relevan yang berkaitan dengan penggunaan tanah untuk pertanian;
- Teknologi yang akan digunakan berlandaskan Revolusi Industri Keempat (4IR) dan telah disahkan oleh Pengesah Teknologi atau Jawatankuasa Kerja;
- Usahawan telah menjalani kursus/taklimat bersama syarikat peneraju atau pengesah teknologi atau syarikat pembekal teknologi sekiranya perlu; dan
- Perluasan perniagaan dengan penggunaan teknologi yang telah disahkan mestilah mampu meningkatkan produktiviti sektor pertanian.
Pertanian Kontrak | Pertanian Bukan Kontrak |
|
|
HAD PEMBIAYAAN
Sehingga 100% daripada jumlah kos termasuk kos sampingan (contoh: takaful, duti setem, dan lain-lain) tertakluk kepada jumlah maksimum seperti yang berikut:
Perusahaan Mikro | Kontrak | Bukan Kontrak |
Minimum | RM10,000 | RM10,000 |
Maksimum | RM500,000 | RM500,000 |
Perusahaan Kecil dan Sederhana | Kontrak | Bukan Kontrak |
Minimum | RM30,000 | RM50,000 |
Maksimum | RM1,000,000 | RM1,000,000 |
TEMPOH KEMUDAHAN
Sehingga sepuluh (10) tahun termasuk tempoh moratorium, tertakluk kepada jenis dan keperluan projek. Tempoh maksimum moratorium adalah 12 bulan.
KADAR KEUNTUNGAN
3.5% setahun, dikiran atas baki bulanan
KRITERIA TEKNOLOGI
- Jenis teknologi yang akan digunakan mestilah dikelaskan berteraskan 4IR dan telah disahkan/diulas oleh Pengesah Teknologi/ Jawatankuasa Kerja yang diiktiraf oleh Agrobank.
- Pemohon hendaklah mendapatkan dokumentasi seperti pengesahan teknologi/ pensijilan/ laporan sebelum memulakan permohonan kemudahan pembiayaan di Agrobank.
- Pembekal teknologi yang telah dinilai dan disahkan oleh Pengesah Teknologi/ Jawatankuasa Kerja akan disenaraikan dalam Direktori Teknologi 4IR Sektor Agromakanan. Sekiranya pembekal teknologi belum tersenarai, sila hubungi admin.bpp@mafi.gov.my untuk proses penilaian teknologi.
- Sekiranya pemohon membangunkan teknologi sendiri (mempunyai projek rintis) dan ingin mendapatkan kemudahan pembiayaan, sila hubungi admin.bpp@mafi.gov.my untuk proses penilaian teknologi.
PROSES PERMOHONAN
Peringkat pertama : Pemilihan dan Pengesahan Teknologi
Pemohon boleh memilih teknologi dalam Direktori Teknologi 4IR Sektor Agromakanan (sekiranya teknologi belum disenaraikan dalam direktori, sila hubungi admin.bpp@mafi.gov.my untuk proses penilaian teknologi).
Peringkat kedua : Permohonan Pembiayaan
Setelah mendapat penilaian teknologi, permohonan kemudahan pembiayaan boleh dilakukan di mana-mana cawangan Agrobank yang berhampiran dengan lokasi perniagaan pemohon. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Agrobank www.agrobank.com.my.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN BAGI TUJUAN PERMOHONAN
Borang permohonan kemudahan pembiayaan yang lengkap merangkumi perkara berikut:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pemohon Bersama (bagi permohonan Bersama).
- Penyata akaun simpanan bank atau rekod jualan perniagaan bagi tempoh enam (6) bulan terkini.
- Salinan pendaftaran perniagaan atau lesen perniagaan bagi perniagaan yang melibatkan premis tetap.
- Ulasan/laporan pengesahan teknologi daripada Pengesah Teknologi / Jawatankuasa Kerja MAFI yang telah dikenalpasti.
- Sebut harga daripada pembekal teknologi yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh Pengesah Teknologi.
- Surat tawaran penyertaan projek daripada Syarikat Peneraju bagi permohonan di bawah Pertanian Kontrak.
- Lain-lain dokumen sokongan yang diperlukan di bawah program ini.
Agensi/ Syarikat Pembekal | Produk Teknologi | Maklumat Perhubungan |
MALAYSIA DIGITAL ECONOMY CORPORATION SDN. BHD. (MDEC)
| Sistem Fertigasi Pintar Smart Misting Untuk Tanaman Hidroponik Rumah Hijau Sistem Pengairan Pintar Sistem Pemantauan Tanah Pintar | Untuk maklumat lanjut, sila ke pautan berikut : Emel : eladang@mdec.com.my Laman web : https://mdec.my/ms/eladang
|
Agensi/ Syarikat Pembekal | Produk Teknologi | Maklumat Perhubungan |
MALAYSIA DIGITAL ECONOMY CORPORATION SDN. BHD. (MDEC) | Sistem Penternakan Ayam Pintar
| Untuk maklumat lanjut, sila ke pautan berikut : Emel : eladang@mdec.com.my Laman web : https://mdec.my/ms/eladang |
Agensi/ Syarikat Pembekal | Produk Teknologi | Maklumat Perhubungan |
MALAYSIA DIGITAL ECONOMY CORPORATION SDN. BHD. (MDEC) | Sistem Akuakultur Pintar
| Untuk maklumat lanjut, sila ke pautan berikut : Emel : eladang@mdec.com.my Laman web : https://mdec.my/ms/eladang |
Penafian Bagi Direktori Teknologi 4IR Sektor Agromakanan
- Direktori Teknologi 4IR Sektor Agromakanan adalah penyenaraian teknologi termasuk berteraskan 4IR bagi membolehkan usahawan membuat perbandingan dan pilihan teknologi yang bersesuain dengan projek pertanian. Syarikat yang disenaraikan telah melalui sesi libat urus bersama-sama pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).
- Penyenaraian dalam direktori ini bukan merupakan sokongan, pengesyoran atau kecenderungan oleh MAFI berkaitan produk atau perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat. Syarikat tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun sebagai syarikat yang disyorkan oleh MAFI.
- Kementerian tidak bertanggungjawab atas segala kerugian atau kerosakan yang dialami daripada penggunaan maklumat yang diperolehi daripada laman web ini. Pengguna bertanggungjawab untuk membuat pertanyaan, pemeriksaan dan penilaian tentang kesesuaian dan kualiti perkhidmatan dengan syarikat pembekal.
- Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : admin.bpp@mafi.gov.my
Untuk sebarang keterangan lanjut sila hubungi:
- Bahagian Pemodenan Pertanian menerusi emel : admin.bpp@mafi.gov.my (berkaitan Penilaian Teknologi)
- Pusat Panggilan Agrobank di talian 1-300-88-2476; atau
- Layari laman sesawang rasmi Agrobank www.agrobank.com.my; atau
- Kunjungi cawangan Agrobank yang berdekatan; atau
- Layari media sosial rasmi Agrobank Facebook, Instagram, Twitter.