Pengenalan Pengenalan

Makanan merupakan salah satu keperluan asas manusia. Manusia memerlukan makanan seimbang bagi mendapatkan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan untuk bergerak aktif. Makanan yang baik bukan sahaja mengambil kira kandungan zat yang terkandung malahan keselamatan daripada segi bahaya kimia, fizikal dan biologi di dalam makanan juga perlu diberi penekanan.

Peningkatan penduduk dunia saban tahun telah memberi tekanan terhadap permintaan pelbagai jenis keperluan. Namun, sumber yang terhad dan kehendak manusia yang tiada sempadan menyebabkan tidak semua keperluan asas dapat dipenuhi sekiranya tidak diurus dengan baik. Oleh itu, makanan merupakan salah satu keperluan asas yang perlu diberi perhatian dalam memastikan pembangunan ekonomi dan sosial sesebuah negara kekal progresif dan berdaya saing.

Justeru, sistem makanan negara perlu diperkukuh supaya lebih berdaya tahan dan mampan. Ini termasuklah meningkatkan prestasi rangkaian di semua aktiviti yang berkaitan pengeluaran, pemprosesan, pengedaran, penyediaan, dan termasuklah keselamatan makanan serta pemakanan.

 

Kenapa Sekuriti Makanan adalah Perkara Penting?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sekuriti Makanan boleh ditakrifkan sebagai keadaan di mana semua orang mempunyai akses fizikal, sosial dan ekonomi kepada makanan yang mencukupi, selamat dan berkhasiat. Selain itu, makanan tersebut mestilah memenuhi keperluan pemakanan seharian untuk membolehkan manusia menjalani gaya hidup yang aktif dan sihat. (FAO, 2001)

Dalam memperkukuh sekuriti makanan negara, Kerangka Sekuriti Makanan Negara (KSMN) yang merangkumi empat (4) komponen utama iaitu ketersediaan (availability), akses (accessibility), penggunaan (utilization) serta kestabilan dan kemampanan (stability and sustainability) telah dibangunkan. Komponen utama ini adalah selaras dengan konsep terkini yang disyorkan oleh Food and Agriculture Organisation of the United Nations (FAO).

Komponen-komponen ini akan disokong oleh strategi-strategi utama, sokongan dan pemboleh daya yang memberi tumpuan kepada faktor politik, sosial, ekonomi, alam sekitar dan teknologi. Ia turut merangkumi aspek guna tenaga, kelestarian dan kemampanan sumber, perubahan iklim, pelaburan, kajian dan penyelidikan serta struktur governans sekuriti makanan merentas agensi dan kementerian.

Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara (FSCC) berperanan dalam merangka dasar sekuriti makanan negara yang holistik dan mampan. Jawatankuasa ini akan dibantu oleh Jawatankuasa Eksekutif Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara yang berperanan sebagai coordinating committee dan dipengerusikan oleh YB Menteri MAFI. Jawatankuasa Eksekutif ini pula dianggotai oleh Ketua-ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-ketua Pengarah Jabatan, Gabenor Bank Negara, Pemain-pemain Industri, Pakar Pertanian dalam kalangan Akademia serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) berkaitan sektor agromakanan.

 

 

Dalam hal ini, empat (4) kluster atau kumpulan kerja teknikal telah ditubuhkan merentasi tiga kementerian dan satu agensi, iaitu:

  1. Kluster Ketersediaan di bawah Sekretariat Majlis Penasihat Pertanian Negara (MPPN), Kementerian dan Industri Makanan;
  2. Kluster Kebolehcapaian di bawah Sekretariat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna;
  3. Kluster Keselamatan Makanan dan Pemakanan di bawah Sekretariat Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan (MKMPK), Kementerian Kesihatan Malaysia; dan
  4. Kluster Kestabilan dan Kemampanan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan Majlis Keselamatan Negara.

 

Keempat-empat kluster ini berfungsi untuk mengetengahkan isu dan cadangan penyelesaian berhubung rantaian sistem makanan dan pelaksanaan strategi yang telah dikenal pasti.

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Bioeconomy Corporation icon
  • Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) icon
  • Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) icon
  • myGovernment icon