Ketersediaan Ketersediaan

Kluster Ketersediaan (KTS) diterajui oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan diselaraskan oleh Sekretariat Sekretariat Majlis Penasihat Pertanian Negara (MPPN), MAFI. Kluster KTS dianggotai oleh kementerian/ agensi kerajaan, ahli akademia dan pertubuhan bukan kerajaan. Kluster ini berfokuskan kepada dimensi ketersediaan bagi menjamin bekalan makanan yang ditentukan oleh pengeluaran tempatan, stok penimbal dan juga perdagangan.

 

Terma Rujukan kluster ini adalah:  

Bagi menjamin bekalan makanan dalam negara sentiasa mencukupi, Kerajaan sentiasa komited bagi mempelbagaikan inisiatif berteraskan dimensi sekuriti makanan. Terdapat pelbagai program yang disediakan dalam aspek ketersediaan untuk memenuhi keperluan ini:-

 

  • Program Kebun Komuniti (Kebuniti)
 

Program ini bertujuan bagi membantu masyarakat menjana pendapatan. Matlamat Kebuniti adalah untuk menghasilkan tanaman untuk makanan sendiri. Kelebihan hasil daripada itu boleh dijadikan peluang ekonomi.

Maklumat lanjut, sila klik di sini.

 

  • Program Pertanian Organik
 

Bagi program pertanian organik pula, matlamatnya untuk membangunkan perusahaan tani melalui kaedah pertanian mesra alam dan menghasilkan industri pertanian yang lebuh baik dari segi keselamatan-bio.

Maklumat lanjut, sila klik di sini.

  • Tahap Sara Diri (SSL)
 

SSL menerangkan tentang magnitud pengeluaran terhadap penggunaan domestik. Ia menunjukkan setakat mana bekalan domestik dalam negara dihasilkan daripada pengeluaran domestik.

SSR yang kurang daripada 100 peratus menunjukkan pengeluaran tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan domestik. Manakala bagi SSR yang mencapai kadar 100 peratus atau lebih menunjukkan pengeluaran domestik adalah mencukupi untuk menampung penggunaan domestik.

Maklumat lanjut klik di sini.

 

  • Imbangan Perdagangan
 

Imbangan perdagangan ialah perbezaan antara nilai eksport dan import. Apabila eksport melebihi import lebihan direkodkan manakala defisit pula dicatatkan apabila import melebihi eksport.

Maklumat lanjut klik di sini.

 

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Bioeconomy Corporation icon
  • Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) icon
  • Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) icon
  • myGovernment icon