Kestabilan dan Kemampanan Kestabilan dan Kemampanan

Kestabilan dan Kemampanan merujuk kepada kemampuan untuk memastikan sistem makanan negara sentiasa dapat beroperasi dengan lancar dan efektif.

Dimensi ini dipantau dan diselaras oleh Sekretariat FSCC, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

 

Terma Rujukan kluster ini adalah:

  • Program MYSaveFood
 

Usaha untuk mengurangkan kehilangan dan pembaziran makanan (FLW) menarik perhatian MARDI untuk menyertai rangkaian SAVEFOOD global dan menubuhkan inisiatif Malaysia Save Food (MySaveFood) pada 15 Oktober 2015. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 150 organisasi dan individu yang telah mendaftar sebagai rakan MySaveFood untuk memberi kesedaran dan memerangi isu FLW di Malaysia. Program ini terutamanya penyebaran mesej tematik melalui media sosial dan juga promosi di media tradisional dengan data yang diberikan dari rakan kongsi.

Maklumat lanjut, sila klik di sini.

 

  • Program MyGAP
 

Pensijilan myGAP mengiktiraf ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) mengikut elemen yang ditetapkan dan penggunaan racun kimia sebagai kawalan perosak tanaman pada paras minimum yang dibenarkan manakala myOrganic pula mengiktiraf ladang yang langsung tidak menggunakan bahan kimia dalam aktiviti penanaman yang dijalankan. Kaedah pengiktirafan ini adalah salah satu usaha kerajaan dalam menggalakkan petani untuk mengamalkan APB dan seterusnya sebagai bukti kepada pengguna terhadap aktiviti pertanian yang dilaksanakan dalam menghasilkan makanan yang selamat dan berkualiti dan memastikan kelestarian alam sekitar.

Maklumat lanjut, sila klik di sini.

  • Statistik Food Waste by SW Corp
  • Statistik pencemaran air, penguatkuasaan
  • Statistik Indeks Alam Sekitar, Climate Change
  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Bioeconomy Corporation icon
  • Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) icon
  • Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) icon
  • myGovernment icon