Kebolehcapaian Kebolehcapaian

Kebolehcapaian kepada makanan merujuk kepada kemampuan penduduk untuk mendapatkan makanan yang sihat, selamat dan menepati kehendak gaya hidup sama ada melalui pembelian mahupun ekonomi sara diri.

Sebarang isu berkaitan dimensi ini dipantau dan diselaras oleh Sekretariat Kos Sara Hidup Negara, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

 

 

 

 

 

 

Terdapat pelbagai program bantuan makanan daripada Kerajaan sama ada dalam bentuk mencukupkan nutrisi sehinggalah kepada membantu golongan sasar ketika bencana. Sebagai contoh, Kementerian Pendidikan Malaysia ada dua program iaitu Program Susu Sekolah dan Rancangan Makanan Tambahan. Para pelajar yang tinggal di asrama penuh sama ada kerana kecemerlangan akademik atau berasal daripada keluarga berpendapatan rendah juga diberikan makanan secara percuma sepanjang tempoh tinggal. Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pula memainkan peranan penting ketika bencana dengan memberi bantuan kepada mangsa dengan memberikan perlindungan sementara, makanan dan lain-lain bantuan. Manakala, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberi fokus untuk memberikan bantuan secara konsisten kepada golongan sasar seperti mereka yang mempunyai pendapatan di bawah PGK, Orang Kurang Upaya, warga emas dan lain-lain. Pada masa yang sama, Malaysia sangat bertuah kerana mempunyai banyak pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) yang sentiasa berterusan membangkitkan kesedaran awam dan meluaskan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik terutamanya dengan memberi makanan percuma.

 

  • Program Susu Sekolah
 

Program Susu Sekolah (PSS) dilaksanakan serentak dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Program ini dilaksanakan untuk murid daripada keluarga miskin yang berpendapatan isi keluarga di paras status sosio ekonomi yang rendah agar mendapat makanan seimbang semasa berada di sekolah.

Maklumat lanjut, sila klik di sini.

 Penduduk

 

 

 Jumlah : 32.7 juta

 Warganegara : 29.7 juta

 Bukan Warganegara : 3.0 juta

 Pendapatan Isi Rumah 2019

 

 

 Keseluruhan : RM7,051

 Bandar : RM7,683

 Luar Bandar : RM4,556

 Purata Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), 2019

 

 

 Keseluruhan : RM2,208

 Bandar : RM2,210

 Luar Bandar : RM2,199

 Purata (PGK) Makanan, 2019

 

 

 Keseluruhan : RM1,169

 Bandar : RM1,176

 Luar Bandar : RM1,142

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Bioeconomy Corporation icon
  • Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) icon
  • Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) icon
  • myGovernment icon