Penggubalan Peraturan-Peraturan Pengawalan Operasi Jentuai Padi Di Bawah Akta 522
"Maklum balas dan cadangan anda diperlukan, Untuk makluman umum, Bahagian Industri Padi dan Beras, Kementerian Pertanian bercadang untuk mewujudkan satu Peraturan baru di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522] iaitu Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pengawalan Operasi Jentuai Padi) bagi memberi kuasa kepada Ketua Pengarah, Pengawalan Padi dan Beras untuk mengawal pengoperasian jentuai/mesin tuai padi. Justeru itu, sesi konsultasi awam secara atas talian dijalankan mulai 1 Jun 2019 hingga 31 Ogos 2019 bagi mendapat input pihak-pihak yang berkepentingan / pemegang taruh berkaitan penggubalan Undang-Undang ini. Orang awam dipelawa untuk melayari pautan berikut: Penggubalan Peraturan-Peraturan Pengawalan Operasi Jentuai Padi Di Bawah Akta 522. Pendaftaran perlu dilakukan sebelum melengkapkan borang maklumbalas dan survey di portal tersebut". |
Aplikasi Jumlah Pelawat ini hanya dipaparkan untuk Pengurus Laman bagi tujuan mengubah configurasi.