Unit Audit Dalam Unit Audit Dalam

Objektif

  • Untuk membantu sesebuah organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus
  • Untuk membantu pihak pengurusan atasan mempertingkatkan tahap pengurusan kewangan serta pematuhan kepada undang-undang, peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan
  • Untuk membantu pihak pengurusan menentukan program dan aktiviti, diuruskan dengan berekonomi, cekap, berkesan dan bersesuaian

 

Fungsi

Seksyen Audit Prestasi

  • Merangka Rancangan Tahunan Audit Prestasi.
  • Menjalankan Audit Prestasi bagi menentukan kecekapan dan keberkesanan serta pencapaian matlamat/objektif program/aktiviti yang dijalankan.
  • Menyediakan syor dan cadangan bagi memastikan program/aktiviti diuruskan dengan cekap.
  • Mengkaji laporan maklum balas daripada auditi dan membuat susulan.
  • Menyediakan Laporan Tahunan Audit Prestasi.
  • Membantu Seksyen Pentadbiran menyediakan bajet tahunan.

Seksyen Audit Kewangan

  • Merangka Rancangan Tahunan Audit Kewangan.
  • Menjalankan Audit Pengurusan Kewangan dan Pematuhan di PTJ di bawah Kementerian termasuk auditan susulan dan pemeriksaan mengejut.
  • Menyediakan syor dan cadangan bagi memastikan pengurusan kewangan dan kawalan dalaman adalah baik.
  • Mengkaji laporan maklum balas daripada auditi dan membuat susulan.
  • Menyediakan Laporan Tahunan Audit Pengurusan Kewangan.
  • Membantu Seksyen Pentadbiran menyediakan bajet tahunan.

Seksyen Audit Khas

  • Merangka Rancangan Tahunan Audit Siastan/Khas.
  • Menyelaras, mengkaji dan menyiasat aduan dan arahan daripada pengurusan atasan berhubung aktiviti dan pengurusan Kementerian.
  • Menjalankan Audit ICT bagi sistem-sistem yang dibangunkan oleh Kementerian.
  • Memberikan perkhidmatan sokongan teknikal kepada Seksyen Audit lain dalam menjalankan auditan berkaitan ICT.
  • Menyelaras dan menyediakan Laporan Tahunan Unit Audit Dalam.
  • Memantau dan menyelaras maklum balas auditi terhadap Laporan Ketua Audit Negara dan Audit Dalam.

Seksyen Pentadbiran dan Penyelarasan

  • Urusan pentadbiran dan perkhidmatan termasuk :
    • Urusan surat menyurat
    • Urusan cuti
    • Mesyuarat
    • Laporan Prestasi dan Laporan Pengisytiharan Harta
    • Pengurusan aset
    • Kad Perakam Waktu
    • Tempahan tiket kapal terbang
    • Latihan, kenaikan pangkat, pengesahan jawatan dan mengemaskini maklumat kakitangan dalam buku perkhidmatan dan HRMIS
    • Keselamatan pejabat
    • Pengurusan rekod dan fail Unit Audit Dalam
    • Lain-lain tugas yang diarahkan oleh pihak pengurusan
  • Urusan kewangan termasuk :
    • Belanjawan tahunan
    • Menyelenggara stor
    • Urusan pembayaran bil dan tuntutan perjalanan

 

Piagam Pelanggan

  1. Laporan Audit Pengurusan Kewangan dikeluarkan dalam tempoh 1 bulan selepas pengauditan diselesaikan.
  2. Rancangan Audit Tahunan dikemukakan kepada Perbendaharaan sebelum/pada 31 Januari tahun berikutnya.
  3. Laporan Tahunan Audit dikemukakan kepada Perbendaharaan sebelum/pada 31 Mac tahun berikutnya.

 

Carta Bahagian

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Bioeconomy Corporation icon
  • Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) icon
  • Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) icon
  • myGovernment icon