Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling

Unit Pengurusan Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia menawarkan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling merangkumi psikologi, kerjaya, kewangan peribadi, kekeluargaan dan kesihatan secara atas talian kepada warga Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melalui link berikut :

https://ppsimafi.wasap.my/https://ppsi1moa.wasap.my/https://ppsi2moa.wasap.my/https://ppsi3moa.wasap.my/

 

VISI

Menjadikan perkhidmatan psikologi sebagai teras kepada aspek pembangunan modal insan kearah membangunkan sumber manusia yang kompeten, cekap dan berkesan selaras dengan visi Kementerian.

 

MISI

  • Menjadikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling sebagai rujukan.
  • Merancang dan melaksanakan keperluan psikologi dan kaunseling berdasarkan 4 aplikasi psikologi.
  • Menilai keberkesanan perkhidmatan psikologi dan kaunseling.

 

OBJEKTIF

Melaksanakan dasar perkhidmatan psikologi dan kaunseling bagi membangunkan sumber manusia yang berintegriti dan berprestasi tinggi.

Program Pementoran Dalam Perkhidmatan Awam telah diperkenalkan pada tahun 2007/2008 selaras dengan Pekeliling Perkhimatan Awam Bilangan 18 Tahun 2005 iaitu Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam. Seterusnya, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2010 dikeluarkan bagi menjelaskan secara terperinci pelaksanaan pementoran dalam pengurusan sumber manusia sektor awam.

 

Pelaksanaan Program Pementoran di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) adalah bertujuan untuk:

 

  1. Pegawai yang memerlukan bimbingan dalam peningkatan prestasi kerjaya dan psikososial;
  2. Membimbing meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam aspek personel, sosial, budaya dan profesional;
  3. Membina keperibadian tinggi dalam kalangan warga organisasi;
  4. Membudayakan budaya kerja kelas pertama dan berprestasi tinggi dalam organisasi;
  5. Menerapkan amalan pembelajaran berterusan; dan
  6. Meningkatkan imej dan reputasi pegawai dalam organisasi.

 

Program Pementoran Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dijalankan selama 6 bulan mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2010. Program Pementoran bagi tahun 2021 telah bermula pada 1 Jun 2021 dan akan berakhir pada 28 Oktober 2021 melibatkan 73 orang peserta, 36 mentor dan 37 menti. Penglibatan peserta untuk Program Pementoran peringkat MAFI bagi tahun 2021 adalah di kalangan pegawai lantikan baru dan pegawai kenaikan pangkat di bawah Ibu Pejabat MAFI, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).  Senarai pasangan mentor menti adalah seperti di Lampiran 1

 

Pelaksanaan Program Pementoran MAFI sentiasa mendapat sambutan yang amat menggalakkan di kalangan peserta dan memberi impak yang positif terhadap perkembangan kerjaya mentor dan menti. Setiap peserta memberikan komitmen terbaik dalam usaha saling menyalurkan ilmu dan pengalaman. Semoga dengan pelaksanaan Program Pementoran peringkat MAFI dapat memberi manfaat dalam membudayakan penerapan nilai murni dan perkongsian ilmu untuk kebaikan Bersama.

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) ditubuhkan di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) pada tahun 2006. Kewujudan AKRAB di Kementerian dan Jabatan adalah selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005: Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam. AKRAB yang ditubuhkan di organisasi berperanan untuk membantu pelbagai kelompok rakan sekerja yang mempunyai budaya dan nilai diri yang berbeza-beza. Di MAFI, agensi terawal mewujudkan AKRAB ialah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), diikuti Jabatan Pertanian (DOA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Jabatan Perikanan (DOF) 2007, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) 2009. Peringkat Kementerian termasuklah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (Integrated Agriculture Development Area; IADA) tahun 2010. Pada tahun 2019, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) telah mewujudkan AKRAB.

 

Struktur Pengurusan Organisasi AKRAB MAFI

2019 - 2021

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Bioeconomy Corporation icon
  • Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) icon
  • Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) icon
  • myGovernment icon