Pengenalan Pengenalan

Global Food Security Index (GFSI) dibangunkan oleh The Economist Intelligence Unit (EIU) yang berpusat di London, United Kingdom. EIU melaksanakan kawalan editorial sepenuhnya ke atas semua kandungan, termasuk pengumpulan data, analisis dan ramalan bagi laporan ini. Pihak EIU mendapat sokongan kewangan daripada Corteva Agriscience iaitu syarikat pertanian global yang menjalankan aktiviti perdagangan secara terbuka bagi membantu petani di seluruh dunia dalam memaksimumkan produktiviti untuk meningkatkan hasil dan keuntungan.

Laporan GFSI ini dikeluarkan dengan penglibatan panel pakar dalam pelbagai bidang sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2012. Laporan ini bertujuan untuk menilai tahap kerentanan negara terhadap sekuriti makanan dengan penglibatan 113 negara yang dibahagikan kepada enam (6) rantau iaitu Asia Pasifik, Eropah, Amerika Latin, Timur Tengah dan Afrika Utara, Sub-sahara Afrika dan Amerika Utara. 

Terdapat 58 indikator dengan ukuran kualitatif dan kuantitatif yang dibahagikan kepada empat (4) kategori iaitu:-

  1. Affordability;
  2. Availability;
  3. Quality & Safety; dan
  4. Natural Resources & Resilience.

Bagi setiap laporan yang dikeluarkan, pihak EIU akan menggariskan faktor-faktor yang perlu diberi perhatian dan mempengaruhi senario semasa dalam memacu sekuriti makanan. Justeru, indeks dalam laporan semasa tidak boleh dibandingkan secara terus dengan indeks yang dikeluarkan dalam laporan tahun sebelumnya. Namun begitu, pihak EIU telah membuat pelarasan semula siri masa terdahulu sehingga terkini dan dilaporkan dalam laporan semasa bagi tujuan perbandingan, .

Sebarang maklumat lanjut mengenai GFSI, sila klik di sini.

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Bioeconomy Corporation icon
  • Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) icon
  • Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) icon
  • myGovernment icon