Ketersediaan Ketersediaan

Kluster Ketersediaan (KTS) diterajui oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan diselaraskan oleh Sekretariat Majlis Penasihat Pertanian Negara (MPPN), MAFI. KTS dianggotai oleh kementerian/agensi kerajaan, ahli akademia dan pertubuhan bukan kerajaan. Kluster ini berfokuskan kepada dimensi ketersediaan bagi menjamin bekalan makanan yang ditentukan oleh pengeluaran tempatan, stok penimbal dan juga perdagangan.

 

Terma Rujukan kluster ini adalah:  

Bagi menjamin bekalan makanan dalam negara sentiasa mencukupi, Kerajaan sentiasa komited bagi mempelbagaikan inisiatif berteraskan dimensi sekuriti makanan. Terdapat pelbagai program yang disediakan dalam aspek ketersediaan untuk memenuhi keperluan ini:-

 

  • Pembangunan Pertanian Komuniti (Kebuniti)
 

Pembangunan Pertanian Komuniti atau juga dikenali program pertanian bandar merupakan program yang membantu isi rumah meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri bahan makanan melalui bimbingan Jabatan Pertanian. Program ini melibatkan penduduk di kawasan bandar dan pinggir bandar dengan kerjasama dan penglibatan pelbagai Jabatan dan Agensi yang berkaitan di peringkat Negeri dan Persekutuan.

Pembangunan pertanian komuniti berperanan sebagai salah satu strategi untuk menggalakkan interaksi sosial antara penduduk tempatan. Selain itu, pertanian komuniti membantu meningkatkan motivasi diri para peserta program dengan kemampuan untuk membentuk komuniti sendiri dan bekerja secara berpasukan untuk menghasilkan produk makanan sama ada untuk kegunaan sendiri atau untuk dijual.

Maklumat lanjut, sila klik di sini.

 

  • Program Pertanian Organik
 

Projek Pertanian Organik merupakan salah satu inisiatif Belanjawan 2021 di bawah Dana Jaminan Makanan yang diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). Projek ini bertujuan untuk mewujudkan aktiviti pertanian bagi meningkatkan pengeluaran bahan makanan yang mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan melalui kaedah pertanian secara organik yang lebih mesra alam. Pelaksanaan projek adalah melibatkan projek tanaman, ternakan dan akuakultur meliputi kerja awalan, pembangunan dan penyediaan tapak, kemudahan infrastruktur, perolehan mesin dan peralatan serta pembangunan dan pemasaran produk.

Golongan sasar yang boleh memohon program ini adalah seperti pertubuhan peladang, usahawan tani, koperasi, usahawan/pembekal, petani, penternak, nelayan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Ini adalah program penyertaan secara komuniti dengan minimum tiga (3) orang bagi setiap permohonan. Keutamaan diberi kepada pengusaha pertanian sedia ada dan berdaya maju atau pengusaha baru yang komited serta mempunyai tanah atau kawasan untuk menjalankan aktiviti pertanian.

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di pejabat-pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang, Jabatan Pertanian Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan MARDI di setiap negeri/daerah.

Maklumat lanjut, sila klik di sini.

Terdapat beberapa indikator yang diguna pakai dalam menentukan status atau tahap pengeluaran makanan negara. Antaranya:-

  • Tahap Sara Diri (SSL)
 

SSL menerangkan tentang magnitud pengeluaran terhadap penggunaan domestik. Ia menunjukkan setakat mana bekalan domestik dalam negara dihasilkan daripada pengeluaran domestik. SSL yang kurang daripada 100 peratus menunjukkan pengeluaran tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan domestik. Manakala bagi SSL yang mencapai kadar 100 peratus atau lebih menunjukkan pengeluaran domestik adalah mencukupi untuk menampung penggunaan domestik.

Maklumat lanjut klik di sini.

 

  • Penggunaan Per Kapita (PCC)
 

PCC merujuk kepada amaun penggunaan makanan oleh setiap penduduk dalam setahun. PCC diukur dalam kilogram dan gram sehari.

 

  • Imbangan Perdagangan
 

Imbangan perdagangan ialah perbezaan antara nilai eksport dan import. Apabila eksport melebihi import, lebihan direkodkan manakala defisit pula dicatatkan apabila import melebihi eksport.

 

  • Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)
 

Dari segi konsep KDNK boleh dikira menerusi tiga (3) pendekatan utama iaitu pengeluaran, perbelanjaan dan pendapatan seperti berikut:-

  1. KDNK pengeluaran adalah jumlah nilai barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam tempoh tertentu selepas ditolak kos barang dan perkhidmatan yang digunakan dalam proses pengeluaran. Jumlah nilai tambah bagi semua pengeluar dalam ekonomi;
  2. KDNK berasaskan kaedah perbelanjaan bersamaan jumlah bagi semua komponen perbelanjaan akhir ke atas barangan dan perkhidmatan ditolak dengan import barangan dan perkhidmatan; dan
  3. KDNK berasaskan kaedah pendapatan ialah hasil jumlah semua pendapatan terakru bagi pengeluaran dalam ekonomi merangkumi komponen pendapatan kepada faktor pengeluaran.

 

PENERBITAN

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Bioeconomy Corporation icon
  • Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) icon
  • Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) icon
  • myGovernment icon