Kestabilan dan Kemampanan
![]() | Kluster Kestabilan dan Kemampanan (KSM) diterajui oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan diselaraskan oleh Sekretariat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara (FSCC). KSM dianggotai oleh kementerian/ agensi kerajaan, ahli akademia dan pertubuhan bukan kerajaan berfokuskan kepada dimensi stability bagi menjamin sistem makanan negara. |
Terma Rujukan kluster ini adalah:
| |
Usaha untuk mengurangkan kehilangan dan pembaziran makanan (FLW) menarik perhatian MARDI untuk menyertai rangkaian SAVEFOOD global dan menubuhkan inisiatif Malaysia Save Food (MYSaveFood) pada 15 Oktober 2015. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 150 organisasi dan individu yang telah mendaftar sebagai rakan MYSaveFood untuk memberi kesedaran dan memerangi isu FLW di Malaysia. Program ini terutamanya pameran, seminar, forum, ceramah eksekutif, program pendidikan lestari untuk pelajar, penyebaran mesej tematik melalui media sosial dan juga promosi di media tradisional dengan data yang diberikan dari rakan kongsi. Maklumat lanjut, sila klik di sini.
| |
| |
Pensijilan MyGAP mengiktiraf ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) mengikut elemen yang ditetapkan dan penggunaan racun kimia sebagai kawalan perosak tanaman pada paras minimum yang dibenarkan manakala myOrganic pula mengiktiraf ladang yang langsung tidak menggunakan bahan kimia dalam aktiviti penanaman yang dijalankan. Kaedah pengiktirafan ini adalah salah satu usaha kerajaan dalam menggalakkan petani untuk mengamalkan APB dan seterusnya sebagai bukti kepada pengguna terhadap aktiviti pertanian yang dilaksanakan dalam menghasilkan makanan yang selamat dan berkualiti dan memastikan kelestarian alam sekitar. Maklumat lanjut, sila klik di sini. |
| |
Status Cuaca Panas | |
Pemantauan Kemarau | |
| |