Keselamatan Makanan dan Pemakanan Keselamatan Makanan dan Pemakanan

 

 

Kluster Keselamatan Makanan dan Pemakanan (KMP) diterajui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan diselaraskan oleh Sekretariat Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan (MKMPK) melibatkan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan serta Bahagian Pemakanan di KKM. KMP dianggotai oleh kementerian/ agensi kerajaan, ahli akademia dan pertubuhan bukan kerajaan. Di bawah Dasar Sekuriti Makanan Negara, kluster ini berfokuskan kepada dimensi utilization merentasi sepanjang rantaian nilai makanan yang meliputi aspek keselamatan makanan dan pemakanan bagi menjamin sekuriti makanan yang selamat dan berkhasiat.

 

  • Sub Kluster Keselamatan dan Kualiti Makanan
 

Sub Kluster Keselamatan dan Kualiti Makanan bertanggungjawab merancang, melaksanakan, memantau dan menilai aktiviti keselamatan dan kualiti makanan bagi melindungi orang ramai terhadap bahaya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyimpanan, penyediaan, pemprosesan pembungkusan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan, makanan serta memudahkan perdagangan makanan. Mandat untuk kawalan ini diperuntukkan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan yang berkaitan di bawahnya.

 

  • Sub Kluster Pemakanan
 

Sub Kluster Pemakanan bertanggungjawab merancang, melaksanakan, memantau dan menilai aktiviti keselamatan dan kualiti makanan bagi melindungi orang ramai terhadap bahaya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyimpanan, penyediaan, pemprosesan pembungkusan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan, makanan serta memudahkan perdagangan makanan. Mandat untuk kawalan ini diperuntukkan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan yang berkaitan di bawahnya.

 

Terma Rujukan kluster ini adalah:

 

Maklumat lanjut mengenai keselamatan dan pemakanan boleh didapati pada laman sesawang http://fsq.moh.gov.my dan https://nutrition.moh.gov.my

  • Program Latihan Pengendali Makanan
 

Tahap kebersihan premis makanan yang tidak memuaskan serta meningkatnya laporan kejadian keracunan makanan telah mendorong KKM untuk meningkatkan lagi latihan kepada pengendali makanan. Ini juga disokong dengan Malaysia menjadi tuan rumah kepada Sukan Komanwel 1998 pada bulan September 1998, di mana imej negara di mata dunia perlu dijaga. Berdasarkan faktor dan beban kerja yang ditanggung, latihan pengendali makanan telah diswastakan dan dikendalikan secara lebih sistematik oleh tenaga pengajar yang diiktiraf. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan Program Latihan Pengendali Makanan (LPM) pada tahun 1996 dengan mengiktiraf institusi swasta bagi menjalankan kursus asas dalam aspek kebersihan dan pengendalian makanan.

Objektif Program ini ialah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada semua pengendali makanan mengenai aspek-aspek kebersihan dan keselamatan makanan, diri pengendali dan premis makanan dan seterusnya bagi mengurangkan kejadian keracunan makanan di seluruh negara. Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 telah diwartakan pada 28 Februari 2009 dengan mewajibkan semua pengendali makanan menjalani Kursus LPM di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh KKM. KKM bertanggungjawab sepenuhnya dalam aktiviti akreditasi dan pemantauan bagi SLPM dan tenaga pengajar.

Menerusi program ini modul latihan yang seragam untuk semua pengusaha dan pengendali makanan telah diwujudkan. Sesi latihan ini dikendalikan oleh SLPM yang diiktiraf oleh KKM di seluruh negara. Semua tenaga pengajar perlu menghadiri dan lulus penilaian Kursus Wajib Tenaga Pengajar sebelum layak mendapat pengiktirafan KKM sebagai tenaga pengajar.

Maklumat lanjut, sila klik di sini.

 

  • Program Keselamatan Makanan (Prokem)
 

Program Keselamatan Makanan (ProKEM) Dapur Asrama dibangunkan bagi menambahbaik Program Pemeriksaan Sendiri (KENDIRI) di dapur asrama sekolah/institusi. Ia bertujuan bagi menggariskan keperluan kebersihan dan keselamatan makanan yang lebih bersistem melalui amalan kebersihan baik (GHP) dalam memastikan tahap keselamatan makanan yang disediakan di dapur asramasekolah/ institusi adalah bersih dan selamat. Ia bagi meningkatkan sistem yang sedia ada dari segi jaminan keselamatan makanan dan melindungi murid/pelajar/penghuni terhadap bahaya pencemaran makanan disepanjang rantaian penyediaan makanan.

Maklumat lanjut, sila klik di sini.

 

  • Program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan (PPKZM)
 

Program ini telah dilancarkan pada tahun 1989 sebagai usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan status pemakanan kanak-kanak berusia 6 bulan hingga bawah 6 tahun daripada keluarga miskin tegar merujuk kepada Paras Garis Kemiskinan 2009. Dalam program ini, kanak-kanak yang memenuhi kriteria kelayakan diberi bantuan makanan untuk membantu mereka memperolehi makanan yang seimbang dan berkhasiat, supaya dapat mencapai pertumbuhan fizikal dan mental yang optima.Kanak-kanak yang terbabit juga akan diberi rawatan sekiranya menghidap sebarang penyakit, imunisasi, pendidikan kesihatan dan jagaan kesihatan serta pengawasan yang rapi.

Maklumat lanjut, sila klik di sini.

 

  • Program MyChoice
 

Program MyChoice merupakan program baru di mana Logo MyChoice akan diberikan kepada hidangan makanan/ minuman yang memenuhi kriteria nutrien yang ditetapkan.Hidangan yang mempunyai Logo MyChoice merupakan pilihan yang lebih sihat di restoran tersebut. Tujuan program ini adalah untuk memudahkan pelanggan membuat pilihan yang lebih bijak dengan memilih makanan/ minuman yang mempunyai Logo MyChoice. Secara tidak langsung, situasi ini dapat mewujudkan persekitaran yang menyokong amalan makan secara sihat. Selain itu, inisiatif ini juga bertujuan untuk menggalakkan industri perkhidmatan makanan untuk menghasilkan hidangan makanan dan minuman yang lebih sihat.

Setiap set hidangan makanan yang mendapat logo MyChoice mempunyai kalori tidak lebih daripada 500 kcal, kandungan natrium tidak lebih daripada 650 mg dan mempunyai sekurang-kurangnya satu sajian sayuran dan terdiri daripada kumpulan makanan yang seimbang.. Bagi kategori minuman pula, setiap hidangan minuman yang mendapat Logo MyChoice mempunyai kalori tidak lebih daripada 120 kcal dan jumlah gula tidak lebih daripada 5/ 7/ 12 bagi setiap 100 ml minuman bergantung kepada jenis minuman.

Maklumat lanjut, klik di sini.

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Bioeconomy Corporation icon
  • Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) icon
  • Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) icon
  • myGovernment icon