Geran Pemadanan Geran Pemadanan

 

PROGRAM GERAN PEMADANAN HIGH IMPACT PRODUCT

Program Geran Pemadanan High Impact Product (HIP) merupakan salah satu program di bawah inisiatif pembangunan usahawan pertanian dan industri makanan yang diselaraskan oleh Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). Objektif program ini ialah untuk membantu usahawan PKS melalui penyediaan dana (secara geran pemadanan) bagi meningkatkan pengeluaran, kebolehpasaran serta hasil jualan produk.

 

Kumpulan Sasar:

Usahawan PKS yang mengusahakan produk makanan dan bukan makanan/asas tani yang memperoleh nilai jualan kasar tahunan RM300 ribu hingga RM5 juta.

 

Jenis Bantuan:

Geran Padanan dengan nisbah 50% (Kerajaan); 50% (Usahawan) dengan kadar bantuan maksimum Kerajaan sebanyak RM200,000.

 

Kriteria Kelayakan:

  1. Diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 atau didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956; atau
  2. Persatuan nelayan yang berdaftar di bawah Akta Persatuan Nelayan 1971; atau
  3. Pertubuhan peladang yang berdaftar di bawah Perlembagaan Pertubuhan Peladang; atau
  4. Koperasi didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993; atau
  5. Pertubuhan bukan Kerajaan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966; atau
  6. Mempunyai lesen perniagaan; dan
  7. Mempunyai premis perniagaan/lesen premis yang sah.

 

Skop Bantuan:

  1. Kajian pembangunan kualiti produk
  2. Reka bentuk pembungkusan dan pelabelan
  3. Peningkatan keupayaan pengeluaran
  4. Penambahan premis ke arah persijilan.

 

Cara Memohon:

Borang permohonan didapati dan dikemukakan melalui agensi pelaksana iaitu DOA, DVS, DOF, FAMA, LKIM, LPP, LPNM, KADA, MADA, MARDI, DOA Sarawak, DOA Sabah, Pejabat-pejabat IADA dan Malaysian Bioeconomy Development Corporation.

 

Maklumat Lanjut:

Seksyen Pembangunan Usahawan, Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani, MAFI

03-8870 1765/1832

 

Rujuk garis panduan pelaksaan program:

>> Garis Panduan Geran Pemadanan High Impact Product (HIP)

PROGRAM GERAN PEMADANAN CHANGE UPGRADE PRODUCT

Program Geran Pemadanan Change Upgrade Product (CUP) merupakan salah satu program di bawah inisiatif pembangunan usahawan pertanian dan industri makanan yang diselaraskan oleh Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). Objektif program ini ialah untuk membantu usahawan di peringkat mikro melalui penyediaan dana (secara geran pemadanan) bagi meningkatkan pengeluaran, kebolehpasaran serta hasil jualan produk.

 

Kumpulan Sasar:

Usahawan mikro yang mengusahakan produk makanan dan bukan makanan/asas tani dengan nilai jualan kasar tahunan kurang daripada RM300 ribu.

 

Jenis Bantuan:

Geran Padanan dengan nisbah 70% (Kerajaan): 30% (Usahawan) dengan kadar bantuan maksimum Kerajaan sebanyak RM60,000.

 

Kriterian Kelayakan:

  1. Diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 atau didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956; atau
  2. Persatuan nelayan yang berdaftar di bawah Akta Persatuan Nelayan 1971; atau
  3. Pertubuhan peladang yang berdaftar di bawah Perlembagaan Pertubuhan Peladang; atau
  4. Koperasi didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993; atau
  5. Pertubuhan bukan Kerajaan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966; atau
  6. Mempunyai lesen perniagaan; atau
  7. Peserta yang telah berjaya dan telah dipantau selama sekurang-kurangnya satu (1) tahun di bawah Projek AZAM Tani, Program Rezeki Tani dan Program Agropreneur Muda; dan
  8. Mempunyai premis perniagaan/lesen premis yang sah.

 

Skop Bantuan:

  1. Kajian pembangunan kualiti produk (100% geran, maks RM1,000)
  2. Reka bentuk pembungkusan dan pelabelan
  3. Peningkatan kapasiti pengeluaran
  4. Penambahbaikan premis
  5. Perolehan papan tanda perniagaan

 

Cara Memohon:

Borang permohonan didapati dan dikemukakan melalui agensi pelaksana iaitu DOA, DVS, DOF, FAMA, LKIM, LPP, LPNM, KADA, MADA, MARDI, DOA Sarawak, DOA Sabah, Pejabat-pejabat IADA dan Malaysian Bioeconomy Development Corporation.

 

Maklumat Lanjut:

Seksyen Pembangunan Usahawan, Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani, MAFI

03-8870 1765/1832

 

Rujuk garis panduan pelaksanaan program:

>> Garis Panduan Geran Pemadanan Change Upgrade Product (CUP)

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Bioeconomy Corporation icon
  • Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) icon
  • Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) icon
  • myGovernment icon