Secretary General Message Secretary General Message

Hebahan LCA :

 

EDARAN LCA BIL.7/2022: PENAMBAHBAIKAN ARAHAN PEMBAYARAN TANPA PT (MODUL AP)

 

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera.

 

Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan makluman dari Unit Khidmat Nasihat Perakaunan & Pengurusan Perubahan, Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) adalah berkaitan.

 

2.  Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM), JANM di bawah Modul Bayaran (Modul AP) telah membuat dua (2) penambahbaikan ke atas Arahan Pembayaran Tanpa PT seperti berikut:

 

I. Penggunaan Kod Pembekal OTV di Portal iGFMAS

Penambahbaikan pertama telah dilakukan di beberapa medan penting dan semakan dibuat seperti senarai berikut:

 

  • Semakan ke atas Nombor Akaun Bank;
  • Semakan ke atas Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pendaftaran;
  • Semakan maklumat Nombor Telefon Bimbit atau alamat E-mel telah dikunci masuk; dan
  • Maklumat Terperinci Bagi Kod Pembekal OTV 10008 Dinyahaktif

II. Pertambahan atau Pengurangan Bilangan Penerima Bayaran

Penambahbaikan kedua yang dilakukan adalah pengaktifan butang Tambah dan Padam di skrin Butiran Penerima bagi proses Kuiri Arahan Pembayaran Penerima Berganda. Penyedia PTJ boleh membuat penambahan atau pengurangan bilangan penerima sekiranya terdapat kuiri semasa proses perakuan oleh peranan Peraku 1, Semak AO atau Peraku 2. Walau bagaimanapun, Penyedia PTJ perlu memastikan amaun di Butiran Penerima, Data Asas dan jumlah baris caj adalah sama bagi mengelakkan berlaku ralat.

 

3. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, tuan/puan boleh e-mel kepada 1gfmas_ap@anm.gov.my atau hubungi pegawai BPTM (AP) seperti senarai berikut:

 

    a) Encik Izhar bin Che Zainol Rashid

        Nombor Telefon : 03-88821256

 

    b) Encik Muhammad Zulhelmi bin Che Nai

        Nombor Telefon : 03-88821417

 

4. Sehubungan dengan itu, hebahan ini adalah berkenaan kesediaan program di Modul Bayaran (Modul AP) yang berkuat kuasa serta-merta. Bersama-sama ini dikemukakan infografik seperti di Lampiran A dan Manual Pengguna Arahan Pembayaran Tanpa PT yang terkini seperti di Lampiran B untuk maklumat terperinci serta perhatian tuan/puan jua.

 

Kerjasama dan perhatian yang diberikan amatlah saya hargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

Lain-lain :

 

1) PEKELILING DAN SURAT PEKELILING

 

2) POLISI PERAKAUNAN AKRUAN

 

3) MALAYSIA PUBLIC SECTOR ACCOUNTING STANDARD (MPSAS) 

              

4) FAQ Perbendaharaan Malaysia (Treasury)

1) Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)

2) Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

3) Bahagian Wang Tak Dituntut (BWTD) JANM

4) Perbendaharaan Malaysia (Treasury)

5) Unit Pentadbiran Dan Kewangan

Soalan:

Di mana download borang iGFMAS pengguna PTJ?

Jawapan:

Sila muat turun di:

6) SUB Unit Dokumen Akaun Terimaan

Soalan:

Bilakah Penyata Dokumen Akaun Terimaan (DAT) bulanan perlu diserah kepada Pejabat Perakaunan?

Jawapan:

"Selaras dengan AP 145, Penyata Dokumen Akaun Terimaan perlu diserah pada Bahagian Akaun Kementerian selewat-lewatnya 10hb bulan berikutnya.

Sekiranya tiada terimaan pada bulan berkenaan catatkan “tiada terimaan” pada penyata tersebut."

Soalan:

Adakah DAT Kew 253 dan dokumen lain seperti resit batal/ laporan resit batal / kew 67/ kew 68 masih perlu dihantar secara hardcopy?

Jawapan:

"Bermula pada 1 April 2022, penghantaran DAT adalah melalui sistem iAREF. Oleh yang demikian, Kew 253E tidak perlu dihantar secara “hardcopy” kerana sistem iAREF akan menjana secara Auto selepas tindakan Auditi Pengesah. PTJ juga perlu “upload” dokumen yang berkaitan dalam Sistem iAREF untuk semakan.

Hanya Resit Rasmi Asal yang dibatal, Kew 38-salinan audit dan Kew. 67 & 68 perlu dihantar secara “hardcopy” kepada Bahagian Akaun Kementerian."

7) Unit Akaun/ Dana/ Amanah/ Deposit/ Terimaan

Soalan:

Bilakah PTJ perlu membuat permohonan dana?

Jawapan:

PTJ perlu menghantar permohonan dana ke emel unitakaun@mafi.gov.my sekiranya terdapat transaksi melebihi RM 10 Juta sekurang-kurangnya tiga hari bekerja sebelum baucar Arahan Pembayaran tersebut diperaku dua.

Soalan:

Apakah tindakan yang perlu PTJ lakukan sekiranya PTJ ingin memohon menggunakan Akaun Terimaan Tidak Diperuntukkan (ATTD)?

Jawapan:

Sekiranya PTJ mempunyai perancangan untuk membuka akaun Amanah / ATTD, permohonan tersebut boleh dihantar dengan mengisi Lampiran B1, SPANM Bil. 4 2021 ke Unit Akaun untuk dikemukakan ke pihak BPOPA, ANM. Adakah PTJ boleh membelanjakan dana yang diterima melalui ATTD? Sekiranya terdapat pembayaran segera perlu dibuat menggunakan dana ATTD, sila pohon kelulusan Perbendaharaan untuk membuat perbelanjaan daripada ATTD ini.

Soalan:

Apakah laporan bulanan yang perlu dikemukakan pada Unit Akaun / Dana / Amanah / Deposit / Terimaan?

Jawapan:

"PTJ perlu mengemukakan laporan berikut setiap bulan ke Unit Akaun / Dana / Amanah / Deposit / Terimaan:

- Sijil Pengesahan Baki Akaun Amanah (bagi pemegang akaun Amanah di bawah Segmen C1 sahaja).

- Sijil Pengesahan Baki Mengikut Laporan Vot / Dana Mengurus (semua PTJ dibawah AO 1108 sahaja).

- Sijil Pengesahan Baki Mengikut Laporan Vot / Dana Pembangunan (semua PTJ dibawah AO 1108 sahaja).

- Sijil Pengesahan Baki Terimaan (semua PTJ dibawah AO 1108 sahaja).

- Sijil Pengesahan Baki Akaun Deposit Terimaan (semua PTJ yang mempunyai Akaun Deposit di bawah Segmen C1)."

Soalan:

Apakah perbezaan Dokumen Akuan Terimaan (DAT) dengan Sijil Pengesahan Baki Terimaan?

Jawapan:

"DAT merujuk kepada Laporan Hasil berdasarkan nombor Resit yang dijana manakala Sijil Pengesahan Baki Terimaan merujuk kepada Laporan Hasil yang diterima di PTJ tersebut berdasarkan Buku Tunai Cerakinan dan Laporan Hasil Mengikut Kod Akaun. Laporan DAT perlu dihantar ke Unit Naziran DAT melalui sistem iAref, manakala Sijil Pengesahan Baki Terimaan dihantar secara manual ke Unit Akaun / Dana / Amanah / Deposit / Terimaan. Namun begitu, kedua-dua laporan tersebut perlu dihantar oleh PTJ selewatnya-lewatnya pada hari kesepuluh bulan berikutnya, setiap bulan."

Soalan:

Saya ada membuat permohonan pinjaman dengan kerajaan, bagaimana saya ingin menyemak baki pinjaman saya?

Jawapan:

Peminjam boleh menyemak baki pinjaman di https://epenyatapinjaman.anm.gov.my/layouts/login.aspx . Selain itu, peminjam juga boleh membuat permohonan untuk menyemak baki pinjaman bagi tujuan penyelesaian penuh ke Unit Akaun / Dana / Amanah / Deposit / Terimaan melalui emel unitakaun@mafi.gov.my .

Soalan:

PTJ kami menerima terimaan daripada Akaun Bank MAFI, bagaimana saya ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan transaksi ini?

Jawapan:

PTJ perlu menghantar emel permohonan salinan baucar bayaran ke unitakaun@mafi.gov.my dengan mengemukakan sekurang-kurangnya nombor EFT dan jumlah transaksi yang terlibat. https://drive.google.com/open?id=1AnQmxDsIaKOL3cpUM_0ZhjnQHJUUaHim

8) SUB Unit Naziran

Soalan:

Bilakah Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan akan dibuat di Jabatan/PTJ?

Jawapan:

Bahagian Akaun akan memaklumkan tarikh naziran kepada Jabatan/PTJ yang berkenaan melalui sistem iAREF selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh naziran.

Soalan:

Bilakah Laporan Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan akan dikemukakan kepada PTJ yang dinazir?

Jawapan:

Laporan Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan akan dikemukakan kepada PTJ yang terlibat melalui sistem iAREF dalam tempoh 14 hari dari tarikh "exit meeting" naziran.

Soalan:

Bilakah PTJ perlu mengemukakan Maklumbalas kepada Laporan Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan yang dikeluarkan oleh Bahagian Akaun?

Jawapan:

PTJ perlu mengemukakan Maklumbalas kepada Laporan Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan melalui sistem iAREF dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima Laporan Naziran tersebut.

9) Unit Perakaunan Pengurusan

Soalan:

Apakah Perakaunan Pengurusan?

Jawapan:

Perakaunan Pengurusan (juga dikenali sebagai SMARt) merupakan satu mekanisme berstruktur yang mengenal pasti, mengukur, menganalisis dan menyampaikan maklumat kewangan dan bukan kewangan kepada pembuat keputusan bagi membantu mereka merancang, menilai dan mengawal penggunaan sumber secara strategik. https://drive.google.com/open?id=1O0KE31l6sKmZL8ctIbiBP_daqjkyv-L2

10) Unit Gaji

Soalan:

Dimanakah sumber rujukan berkaitan gaji boleh didapati?

Jawapan:

https://www.jpa.gov.my/soalan-lazim-sm/gaji-dan-elaun/gaji

Soalan:

Siapakah yang layak menerima Elaun Perumahan Wilayah?

Jawapan:

Pegawai yang bertukar wilayah bermaksud pegawai yang berasal dari Sabah atau Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung atau pegawai yang berasal dari Semenanjung yang berkhidmat di Sabah atau Sarawak.

Bagi Pegawai yang berasal dari semenanjung berdasarkan Wilayah kelahiran ibu atau bapa pegawai dengan mengisi borang.Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 tahun 2001.Surat Edaran JPA(S) 63/75/2/(SV61) bertarikh 12 Oktober 2000

Soalan:

Bagaimanakah pergerakan gaji tahunan dibayar? Jika kenaikan gaji pada 1.1, bolehkah tuntutan elaun lebih masa mengikut kadar sejam bagi tangga gaji baru yang belum di terima?

Jawapan:

Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan berdasarkan prestasi perkhidmatan melalui Laporan Penilaian Prestasi Tahunan(LPPT) dan pergerakan gaji akan di bayar setelah mendapat keputusan panel. Pegawai boleh membuat tuntutan setelah mendapat kenaikan gaji terlebih dahulu dan pelarasan balik dibuat setelah menerima kenaikan gaji.

Soalan:

Apabila pegawai bertukar masuk, bilakah bayaran gaji akan dibuat di tempat baru bertugas?

Jawapan:

Pembayaran gaji/emolumen bagi pegawai yang bertukar masuk daripada pusat perakaunan lain/luar negeri akan dibuat setelah pihak jabatan menerima sijil gaji akhir (LPC) , buku perkhidmatan daripada tempat bertugas terdahulu dan bersama-sama dokumen sokongan yang diperlukan lengkap.

Rujukan: Arahan Perbendaharaan Peraturan JANM kuatkuasa.

Soalan:

Bagaimanakah yang dikatakan seseorang pegawai awam berada dalam keterhutangan kewangan yang serius?

Jawapan:

Jumlah hutang yang tidak bercagar dan melebihi 10 kali emolumen bulanannya.

Ini bermaksud baki gaji akhir adalah kurang daripada 40%. Oleh yang demikian pegawai awam hanya dibenarkan berhutang 60% daripada emolumen dan mempunyai baki gaji sekurang-kurangnya 40%.

Soalan:

Apakah peranan Ketua Jabatan jika didapati kakitangan bawahannya mengalami keterhutangan kewangan yang serius?

Jawapan:

Ketua Jabatan perlu memantau dan memperingatkan kakitangan di bawah jagaannya supaya mematuhi surat-surat pekeliling dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa.

Sekiranya kakitangan bawahannya masih tidak mematuhi surat-surat pekeliling dan berada dalam keterhutangan kewangan serius, Ketua Jabatan perlulah bertanya kepada pegawai bagaimanakah ia menyelenggara kehidupannya.

Walaupun mempunyai keterhutangan kewangan yang serius, tetapi pegawai telah menunjukkan prestasi kerja yang baik serta tidak melanggar tatakelakuan perkhidmatan awam di bawah Peraturan 4, maka tindakan tatatertib tidak perlu diambil.

Ketua Jabatan perlulah memantau secara berterusan supaya tidak menjejaskan prestasi kerja dan tidak berlaku penyalahgunaan kuasa.

Nombor Hotline / Helpdesk:

Nama Nombor Telefon
Mohd Khairil Izwan bin Ahmad C.A.(M), ASEAN CPA 03-88701181
Mohamad Zamri bin Yahaya C.A.(M) 03-88701942
Mohd Syairol Azwan bin Shabudin 03-88701409
Nur Surianti bt Harondin 03-88701482
Fared Kamil bin Baharum 03-88701439

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : helpdesk.akaun@mafi.gov.my

 

IGFMAS Liason Change Officer - LCA:

Nama Nombor Telefon
Norazlin binti Hussin 03-88701905
Nur Fadhilah binti Bakori 03-88701883
  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) icon
  • Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) icon
  • myGovernment icon