Secretary General Message Secretary General Message


  1. Apakah perbezaaan antara Approved Permit (AP) dengan Import Permit (IP)?

    Approved Permit (AP) merupakan penetapan kawalan kuota import keluaran pertanian masuk ke dalam Malaysia. AP melibatkan lima (5) komoditi pertanian iaitu kubis bulat, kelapa tua biji, susu cair, ayam (ayam bulat dan keratannya) dan beras di bawah kawalan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). Tujuan AP adalah bagi melindungi industri tempatan, mengelakkan lambakan bekalan di pasaran tempatan dan membantu mewujudkan ekosistem pemangkin kepada pengusaha agromakanan tempatan untuk bertapak dan bersaing sehingga ke peringkat antarabangsa.

    Manakala Import Permit (IP) pula merupakan kelulusan setiap transaksi kemasukan semua produk pertanian ke dalam Malaysia bagi tujuan kawalan biosekuriti termasuk halal. Namun, terdapat sesetengah produk pertanian yang telah dikecualikan keperluan IP atas dasar analisa risiko yang rendah untuk produk yang tertentu.


  2. Mengapakah Approved Permit (AP) terhadap kubis bulat, kelapa tua biji, susu cair, ayam (ayam bulat dan keratannya) dimansuhkan?

    Kerajaan memutuskan untuk memansuhkan Approved Permit (AP) terhadap kubis bulat, kelapa tua biji, susu cair dan ayam (ayam bulat dan keratannya) bagi memastikan bekalan komoditi-komoditi tersebut dapat dibawa masuk oleh lebih banyak syarikat tempatan yang berkeupayaan dengan lebih cepat tanpa melalui kelulusan AP. Namun begitu, import komoditi beras masih memerlukan AP.

    Syarikat-syarikat yang ingin mengimport komoditikubis bulat, kelapa tua biji, susu cair dan ayam (ayam bulat dan keratannya) perlu memohon Import Permit (IP) melalui Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan/Agensi Dasar di bawah MAFI (Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan).


  3. Bagaimanakah cara untuk mengetahui keperluan Import Permit (IP) untuk sesuatu produk pertanian yang ingin dibawa masuk ke dalam negara?

    Pemohon boleh merujuk kepada Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017. Pemohon perlu merujuk kepada pihak KASTAM untuk mengetahui kod tarif/HS Code bagi mengenalpasti produk pertanian dan merujuk kepada Perintah Kastam tersebut yang menerangkan tentang keperluan permit sesuatu produk di seluruh pintu masuk negara.


  4. Bagaimanakah kaedah untuk memohon Import Permit (IP) dan siapakah agensi yang terlibat?

    Bagi produk-produk pertanian yang memerlukan permit selepas dirujuk kepada Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017, pemohon boleh berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) di URL https://imaqis.maqis.gov.my. Pemohon perlu tekan butang SPEED untuk pendaftaran seterusnya.


  5. Berapakah kadar caj permohonan permit yang boleh dikenakan?

    Kadar caj permit bergantung kepada kuantiti dan bilangan komoditi yang ingin diimport. Bagi kadar caj permit untuk kubis bulat, kelapa tua, susu cair dan ayam (ayam bulat dan keratannya) adalah seperti berikut:

    Bil. Kategori Kadar Caj Permit Import (RM)
    1. Keratan Ayam RM 0.20/kg
    2. Kubis Bulat RM 15/permit
    3. Kelapa Tua Biji RM 15/permit
    4. Susu Cair RM 50/permit

     

    Bagi komoditi pertanian yang lain, semua kadar caj permohonan permit adalah merujuk kepada Peraturan- Peraturan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Fi dan Caj) 2013, P.U.(A) 115, 2013, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].  


  6. Apakah syarat- syarat utama yang telah ditetapkan dalam Import Permit (IP)?

    Semua syarat pengimportan adalah ditentukan oleh Jabatan/Agensi Dasar di bawah MAFI (Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan). Untuk pengimportan pertanian seperti tumbuhan, syarat utama ialah setiap konsainan perlu diiringi dengan Sijil Fitosanitasi (PC) yang mengesahkan bahawa produk tersebut adalah bebas daripada penyakit dan serangga perosak.

    Bagi pengimportan hasil haiwan pula, setiap konsainan perlu diiringi dengan Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) yang mengesahkan bahawa produk tersebut bebas daripada penyakit. Khusus untuk daging, Sijil Halal adalah tambahan syarat yang diperlukan. Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan syarat pengimportan dan keperluan permit boleh dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia melalui emel feedback@maqis.gov.my.


  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Bioeconomy Corporation icon
  • Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) icon
  • Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) icon
  • myGovernment icon