Program Agropreneur Muda Program Agropreneur Muda

Pengenalan

           

Program Agropreneur Muda ini diwujudkan untuk golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun. Ianya bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti di sepanjang rantaian nilai sektor pertanian seperti pengeluaran tanaman, ternakan dan perikanan serta industri makanan dan asas tani.

 

 

Objektif Program

           

Objektif Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut:


 

  1. Menarik golongan muda berumur di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian.
  2. Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai industri yang berdaya maju.
  3. Meningkatkan pendapatan agropreneur muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti produk dan penggunaan teknologi dan inovasi serta penyediaan pasaran yang kompetitif.
  4. Menjadikan industri agromakanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan yang mampan.

 

Skop Program

           

Program Agropreneur Muda (PAM) dikhususkan untuk golongan muda berumur 18 hingga 40 tahun yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian bagi projek mengikut 4 sektor utama iaitu Tanaman, Ternakan, Perikanan, dan Industri Makanan. Skop utama seperti berikut:


 

  1. Tanaman
  2. Perikanan
  3. Ternakan
  4. Industri Makanan Dan Asas Tani 
  5. Agroteknologi

 

Kumpulan Sasar 

 

Individu warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 40 tahun yang layak dipertimbangkan untuk bantuan Geran Agropreneur Muda.

 

Individu yang berpendapatan bersih lebih dari RM5,000.00 sebulan disyor untuk memohon skim pembiayaan Program Agropreneur Muda.

Syarat Asas Menyertai Program Agropreneur Muda 

 

Syarat-syarat bagi melayakkan pemohon menyertai PAM adalah seperti berikut:

 

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Individu berumur di antara 18 hingga 40 tahun;
  3. Boleh membaca, mengira dan menulis;

 

 

Syarat Tambahan Permohonan Geran

 

  1. Individu yang baru memulakan projek WAJIB mengikuti kursus/ latihan teknikal yang dianjurkan atau diikitiraf oleh Jabatan/ Agensi di bawah Kementerian atau yang diiktiraf oleh Kementerian; 
  2. Individu yang telah mempunyai projek sedia ada perlu mendapatkan perakuan dari Jabatan/ Agensi pembimbing bagi DIPERTIMBANGKAN untuk DIKECUALIKAN dari mengikuti kursus/ Latihan teknikal di bawah Kementerian atau yang diiktiraf oleh Kementerian;
  3. Individu yang baru memulakan projek dan berkelulusan Sijil/ Diploma/ Ijazah dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Institut Latihan di bawah Kementerian berkaitan projek pertanian yang dipohon boleh dipertimbangkan untuk DIKECUALIKAN daripada mengikuti program latihan teknikal.
  4. Individu yang berpendapatan bersih kurang dari RM5,000.00 sebulan layak untuk memohon bantuan GAM; dan melebihi RM5,000.00 bulan disyor untuk memohon pembiayaan di bawah PAM;
  5. Individu yang mempunyai tanah berstatus pertanian atau premis sedia ada untuk pelaksanaan projek (milikan sendiri, sewaan atau diberi kebenaran oleh pemilik).
  6. Pemohon yang memohon GAM digalakkan berdaftar dengan SSM atau Lesen yang berkaitan untuk projek yang dipohon;dan
  7. Permohonan dianggap gagal sekiranya tiada maklum balas diterima dalam tempoh tiga (3) bulan.

 

Syarat Tambahan Permohonan Pembiayaan

 

  1. Projek sedia ada melebihi tempoh setahun beroperasi;
  2. Projek berdaya maju dan sesuai untuk perluasan kapasiti; dan
  3. Pelaksanaan pembiayaan oleh Agrobank dan TEKUN Nasional adalah tertakluk kepada terma dan syarat sedia ada Agrobank dan TEKUN Nasional yang berkuat kuasa.

 

 

Cara Permohonan

 

  1. Semua permohonan dikehendaki menggunakan Borang UAM 01/14.
  2. Penerima geran juga layak untuk memohon pembiayaan.

 

Jenis Bantuan 

 

Tiga (3) jenis bantuan yang ditawarkan bagi program ini iaitu:

 

1.

 

Geran Agropreneur Muda (GAM)

   

Geran Agropreneur Muda (GAM) adalah bantuan daripada Kerajaan kepada agropreneur muda bagi membantu mereka meminimakan kos kewangan dalam menjalankan perniagaan. Geran ini diberi dalam bentuk barangan (nilai maksimum RM 20,000.00 per individu) dan tidak perlu dibayar balik. Hasil dan impak pemberian geran disasarkan memberi faedah ekonomi kepada penerima geran dan perniagaan untuk jangka masa panjang.

2.

 

Pembiayaan

   

Pakej Pembiayaan dengan caj kewangan sebanyak dua peratus (2%) setahun. Skop pembiayaan adalah bagi peluasan projek (Project Expansion) pertanian yang telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun. Had pembiayaan mengikut agensi pembiaya adalah seperti berikut:

  • Agrobank – RM 50,000.00 hingga RM 500,000.00 bagi setiap projek 
  • TEKUN Nasional – Sehingga RM 50,000.00 bagi setiap projek

3.

 

Khidmat Nasihat Teknikal dan Latihan 

   

Khidmat nasihat teknikal dan latihan secara intensif yang bersesuaian melalui program-program yang dilaksanakan oleh jabatan/agensi atau syarikat yang dilantik oleh Kementerian berkaitan dengan projek yang dijalankan.

Program khidmat nasihat dan latihan akan diselaraskan di peringkat negeri mengikut jadual berkala yang telah diatur oleh jabatan/agensi di sepanjang tahun.

 

>> PAKEJ GERAN AGROPRENEUR MUDA (GAM)

Bantuan Peluang Kedua Muda 

 

Bantuan Peluang Kedua bertujuan membolehkan peserta meneruskan projek yang terhenti akibat dilanda bencana.

 

Takrifan Bencana  Muda 

 

Suatu kejadian yang menyebabkan gangguan kepada aktiviti komuniti agromakanan dan industri agromakanan Negara, melibatkan kehilangan hasil pertanian/ hasil ladang/ hasil akuakultur/ hasil industri Asas Tani serta hasil-hasil agromakanan yang diklasifikasikan di bawah Dasar Agromakanan Negara, kerosakan harta benda agromakanan, kerugian ekonomi dan kemusnahan kawasan pengeluaran/ pemprosesan/ pengoperasian agromakanan yang melangkaui kemampuan masyarakat untuk mengatasinya dan memerlukan Tindakan pengembelengan sumber yang ekstensif.

 

Mekanisme Pelaksanaan Bantuan Peluang Kedua 

 
  a)

Jabatan dan Agensi pelaksana hendaklah mengemukakan permohonan Bantuan Peluang Kedua perlu mengambil tindakan sepertimana berikut :

  1. mengadakan lawatan ke tapak projek yang bermasalah untuk menilai kerugian dan keperluan projek;
  2. menyediakan laporan lengkap beserta gambar berkaitan sebagai bukti;
  3. memajukan surat permohonan beserta laporan lengkap Bantuan Peluang Kedua kepada Jabatan/Agensi di peringkat Ibu Pejabat.
  b)

Kadar pemberian Bantuan Peluang Kedua adalah berdasarkan keputusan Jawatankuasa Teknikal PAM yang terdiri daripada pegawai pembimbing Jabatan/Agensi. Had maksimum yang ditetapkan adalah sebanyak RM20,000.00 mengikut keperluan projek peserta.

  c) Kelulusan Bantuan Peluang Kedua adalah di bawah kuasa Jawatankuasa Pembangunan dan Kelulusan PAM.
 

Permohonan

Borang permohonan UAM 01/14 boleh didapati secara dalam talian (website) Kementerian atau melalui pejabat-pejabat jabatan / agensi di bawah Kementerian.

1. Permohonan Geran :

a. Bagi permohonan geran perlulah melengkapkan dokumen- dokumen seperti berikut: 

  1. Borang UAM 01/14 berserta salinan kad pengenalan yang disahkan dan gambar terkini berukuran passport; 
  2. Kertas Rancangan Perniagaan yang lengkap (rujuk senarai semak pada Lampiran 1);
  3. Senarai cadangan barangan yang dinyatakan pada Borang UAM 01/14 perlu disertakan anggaran Sebut Harga yang disahkan oleh jabatan/ agensi pembimbing;
  4. Salinan sijil kursus yang dianjurkan oleh Jabatan/Agensi di bawah Kementerian atau yang diiktiraf oleh Kementerian, bagi projek baharu sahaja.
  5. Projek sedia ada yang berkaitan dengan permohonan Geran tidak perlu menghadiri kursus yang dianjurkan Jabatan/Agensi di bawah Kementerian.
  6. Salinan Sijil / Diploma / Ijazah yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Institut Latihan di bawah Kementerian.
  7. Permohonan hendaklah diserahkan di pejabat jabatan/agensi daerah di bawah Kementerian atau negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah), Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah atau Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak yang terdekat.

 

2. Permohonan Pembiayaan :

a. Bagi permohonan pembiayaan perlulah melengkapkan dokumen-dokumen seperti berikut:

  1. Borang UAM 01/14 berserta salinan kad pengenalan yang disahkan dan gambar terkini berukuran passport;
  2. Kertas Rancangan Perniagaan yang lengkap (rujuk senarai semak pada Lampiran 1); 
  b.

Borang permohonan pembiayaan Agrobank atau TEKUN Nasional (bagi permohonan kategori Pembiayaan) hendaklah diserahkan kepada cawangan Agrobank atau TEKUN Nasional.

 

3. Kelulusan atau Penolakan :

  1. Permohonan GAM beserta dokumen-dokumen yang telah lengkap dari jabatan/agensi Ibu Pejabat yang dikemukakan kepada pihak Kementerian untuk kelulusan atau penolakan sesuatu permohonan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan perlu melalui dua peringkat pertimbangan iaitu Jawatankuasa Teknikal Program Agropreneur Muda dan Jawatankuasa Pembangunan dan Kelulusan Program Agropreneur Muda;
  2. Jawatankuasa Teknikal Program Agropreneur Muda bersidang bagi menyediakan pertimbangan dan syor kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Kelulusan Program Agropreneur Muda;
  3. Jawatankuasa Pembangunan & Kelulusan Program Agropreneur Muda bersidang bagi membuat keputusan kelulusan atau penolakan permohonan bantuan Geran Agropreneur Muda;
  4. Surat Kelulusan beserta senarai spesifikasi kelulusan dan serta Borang Penilaian Sebut harga Pembekalan – Borang UAM 06/17 akan dikemukakan kepada pemohon yang berjaya melalui jabatan/agensi;
  5. Permohonan pembiayaan dibuat pertimbangan untuk kelulusan atau penolakan oleh Agrobank/TEKUN peringkat Ibu Pejabat mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan;
  6. Hanya peserta yang lulus pembiayaan sahaja akan dihubungi oleh pihak Agrobank/TEKUN Nasional.
  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) icon
  • Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) icon
  • myGovernment icon