Pusat Pembangunan Perniagaan Pertanian Dan Makanan (Agri-BDC)
Pengenalan Pusat Pembangunan Perniagaan Pertanian dan Makanan (Agri-BDC) ialah pusat sumber dan maklumat setempat yang diwujudkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia bagi menyokong dan membangunkan perniagaan dalam bidang pertanian dan makanan negara.
Program ini adalah kesinambungan kepada program Pusat Maklumat Pertanian Setempat yang dilaksanakan di bawah RMKe-7 dan seterusnya ditukarkan kepada program Agri-BDC yang dilaksanakan di bawah RMKe-8. Program ini telah memberi manfaat yang besar kepada para pelabur dan bakal pelabur di dalam sektor pertanian menerusi pelbagai perkhidmatan yang disediakan. Program ini mempunyai potensi untuk dikembangkan lagi supaya manfaatnya dapat disampaikan secara meluas kepada golongan sasaran di seluruh negara. Pusat Pembangunan Perniagaan Agri-Makanan (Agri-food BDC) adalah pusat sumber dan maklumat tunggal yang ditubuhkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Berasaskan Pertanian bagi membantu dan membangunkan komuniti perniagaan pertanian dan makanan Malaysia. Ia direka khas untuk memenuhi keperluan golongan yang terlibat dalam bidang perniagaan pertanian dan makanan kepada pelabur dalam sektor ini.
Pusat ini diwujudkan bagi memudahkan orang awam (penyelidik, jabatan/agensi dan individu) dan pihak swasta (usahawan dan syarikat) untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan serta membantu orang awam dan pihak swasta memahami dengan lebih dekat peranan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan termasuk Jabatan-jabatan dan Agensi-agensi di bawahnya. Antara maklumat yang disediakan termasuklah:
Rujukan BDC antaranya ialah maklumat-maklumat yang diperoleh daripada perpustakaan, bahan-bahan terbitan, video-video dan kepakaran-kepakaran daripada Kementerian, Jabatan dan Agensi. Perkhidmatan BDC ini boleh dicapai melalui telefon, surat, email dan juga faks selain daripada mengunjungi ke Pusat BDC ini secara langsung. Pusat ini diharapkan dapat membantu dalam penyebaran maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan Jabatan dan Agensi di bawahnya terus kepada golongan sasar di suatu tempat terutamanya kepada organisasi yang terlibat terus dalam industri pengeluaran bahan-bahan berasaskan pertanian dan makanan. |
Objektif
Peranan
|
Fungsi Menawarkan maklumat, bantuan teknikal dan perundingan perniagaan. Maklumat mengenai aspek perniagaan pertanian dan makanan boleh diperolehi daripada laman web atau dalam bentuk buku, video dan cakera padat. Antara topik-topik yang disediakan:
Bantuan teknikal untuk hal-hal berkaitan pengeluaran pertanian makanan dan pemprosesan makanan boleh diperolehi daripada pegawa-pegawai kementerian Pertanian dan Industri Berasaskan Pertanian melalui telefon, faks, e-mel atau laman web. Peluang-peluang Pelaburan
Insentif Pelaburan
|
Direktori Pegawai Perunding Agri-BDC
Bil. | Nama Pegawai | Emel | Telefon |
---|---|---|---|
1. | Abdullah Sani Selamat | abdsani[at]mafi[dot]gov[dot]my | 03-8870 1791 |