Program Agropreneur Muda
Pengenalan Program Agropreneur Muda diwujudkan di bawah perlaksanaan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11). Program ini merupakan satu inisiatif Kementerian terhadap golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun. Tujuan utama program ini diwujudkan adalah bagi membantu dan menggalaAkkan penglibatan golongan muda dalam bidang sektor agromakanan yang merangkumi kesemua bidang di sepanjang rantaian nilai seperti tanaman, ternakan dan perikanan, serta industri makanan termasuk pemasaran, penyediaan perkhidmatan sokongan dan input pertanian serta agropelancongan.
Objektif Program Objektif Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut :
Skop Program Program Agropreneur Muda dilaksanakan untuk golongan muda yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bagi aktiviti projek mengikut 4 sektor utama iaitu Tanaman, Ternakan, Perikanan dan Industri Asas Tani merangkumi skop seperti berikut :
Kumpulan Sasar Individu yang berkelayakan berpendapatan kurang RM5,000.00 sebulan dan berumur antara 18 - 40 tahun. |
Syarat-Syarat Asas Permohonan Syarat-syarat bagi kelayakan pemohon menyertai Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut :
Syarat Tambahan Permohonan Geran Bagi individu yang telah menjalankan projek kurang dari tempoh setahun atau masih belum mencapai sasaran pengeluaran secara optimum, sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi pembimbing di bawah MAFI adalah diperlukan dan boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikuti program latihan teknikal.
Syarat Tambahan Permohonan Pembiayaan
* Setiap pemohon layak menerima geran sekali seumur hidup sahaja. |
Jenis Bantuan Tiga (3) jenis bantuan yang ditawarkan bagi program ini iaitu : | ||
1. | Geran Agropreneur Muda (GAM) | |
Geran Agroprenuer Muda (GAM) adalah bantuan daripada kerajaan kepada agropreneur muda bagi membantu mereka meminimakan kos kewangan dalam menjalankan perniagaan. Geran ini diberi dalam bentuk barangan (nilai maksima RM20,000.00 per individu) dan ianya tidak perlu dibayar balik. | ||
2. | Pembiayaan | |
Pakej Pembiayaan dengan caj kewangan sebanyak dua peratus (2%) setahun. Skop pembiayaan adalah bagi peluasan projek (Projek Expansion) pertanian yang telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun. Had maksima Agensi Pembiaya seperti berikut:
| ||
3. | Khidmat nasihat teknikal dan kursus / latihan teknikal secara insentif | |
Khidmat nasihat teknikal, konsultasi dan latihan yang bersesuaian turut disediakan melalui Jabatan/Agensi di bawah Kementerian. | ||
|
Mekanisma Pelaksanaan Permohonan Individu yang layak perlu membuat permohonan di Pejabat Jabatan/Agensi Daerah di bawah MAFI atau Negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah), MAFI (Negeri Sabah) atau MANRED (Negeri Sarawak) yang terdekat dengan melengkapkan dokumen-dokumen berikut :
Kelulusan atau Penolakan
Pelaksanaan Geran & Pembiayaan
>> CARTA ALIR PROSES PERMOHONAN GERAN AGROPRENEUR MUDA (GAM) >> CARTA ALIR PROSES PERMOHONAN PROJEK PENGEMBANGAN (PEMBIAYAAN) |
Peringkat Pendaftaran dan Permohonan (Geran)
Lampiran 1 - Borang Pendaftaran UAM
Lampiran 2 : Penyediaan Rancangan Perniagaan
Lampiran 3 - Borang Penilaian Permohonan Geran
Peringkat Pendaftaran dan Permohonan (Pembiayaan)
Lampiran 1 - Borang Pendaftaran UAM
Lampiran 2 : Penyediaan Rancangan Perniagaan
Lampiran 4 - Borang Penilaian Permohonan
Peringkat Pembekalan
Lampiran 5 - Borang Penilaian Sebutharga Pembekalan
Peringkat Pembayaran
Lampiran 6 - Borang Pembekalan
Peringkat Pemantauan