Unit Komunikasi Korporat
Visi
Menjadi pakar rujuk mengenai publisiti untuk Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Jabatan dan Agensi.
Misi
Berkhidmat kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Jabatan dan Agensi di bawahnya dalam penyebaran maklumat secara meluas serta berkhidmat kepada orang awam dengan melayan pertanyaan serta aduan mereka dan menyalurkan kepada pihak-pihak yang berkenaan.
Objektif Umum
Memelihara dan meningkatkan imej kementerian melalui strategi perhubungan awam yang teratur.
Objektif Operasi
- Memastikan aktiviti-aktiviti Kementerian mendapat publisiti meluas melalui media massa.
- Memastikan khalayak sasar Kementerian memahami dan menerima program-program Kementerian.
- Memastikan acara-acara Majlis Rasmi dan kempen-kempen Kementerian dan acara antarabangsa mendapat publisiti meluas secara professional melalui media massa.
- Memberi khidmat sokongan kepada 13 Jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.
Fungsi
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program perhubungan awam dan publisiti Kementerian secara sistematik dan teratur.
- Memantau isu dan memberi maklumbalas mengenai aduan dan pertanyaan orang ramai berkaitan Kementerian, Jabatan dan Agensi.
- Merancang dan menyelaras strategi media melalui program-program yang dianjurkan oleh Kementerian.
- Memberi khidmat nasihat mengenai publisiti dan promosi kepada Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian.
- Menjadi urusetia kepada Mesyuarat Pegawai-Pegawai Perhubungan Awam Kementerian, Jabatan dan Agensi.
- Membantu Kementerian dalam urusan penerbitan bahan-bahan bercetak.
- Menyelaras permohonan lawatan dari dalam dan luar negara ke Kementerian.
- Mengendalikan urusan perkhidmatan kaunter dan Pegawai Khidmat Pelanggan Kementerian.
- Melaksanakan kajian maklum balas pelanggan mengenai perkhidmatan yang diberikan.
Piagam Pelanggan
Kami berjanji dan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, professional, beretika dan mesra kepada pelanggan kami seperti berikut :
- Memantau isu dan memberi maklumbalas mengenai aduan dan pertanyaan orang ramai berkaitan Kementerian/ Jabatan dalam jangka masa yang ditetapkan mengikut saluran berkaitan :
Surat Kepada Pengarang (SKP) | 24 hingga 72 jam bekerja |
Sistem aduan online/emel/blog | 14 hari bekerja |
SMS/Telefon/Surat/Faks | 14 hari bekerja |
Hari Bertemu Pelanggan/Hadir | 14 hari bekerja |
Biro Pengaduan Awam (BPA) | 5 hari bekerja |
Web 1 Malaysia | 10 hari bekerja |
PEMUDAH/Portal MyGovt | 3 hari bekerja |
Siasatan lanjut (semua saluran) | Tidak melebihi 30 hari |
Pertanyaan awam | 4 hari bekerja |
- Memastikan promosi dan publisiti bagi setiap aktiviti dan program Kementerian/Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dilaksanakan dengan meluas, jelas dan tepat melalui :
Flyer | 1 minggu sebelum majlis |
Bunting/Banner | 1 minggu sebelum majlis |
Iklan | 2 minggu sebelum majlis |
- Memantau dan mengemaskini isi kandungan laman web Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dalam masa 3 hari bekerja.
- Memastikan Nota Kepada Pengarang (Jemputan Media) dibuat 1 hari sebelum program/aktiviti dilaksanakan.
Aplikasi Jumlah Pelawat ini hanya dipaparkan untuk Pengurus Laman bagi tujuan mengubah configurasi.