Unit Integriti Unit Integriti

Visi

Integriti Tunggak Kejayaan Transformasi Pertanian.

Misi

Memantapkan integriti warga kementerian agar sentiasa menjunjung dan menegakkan prinsip integriti melalui tadbir urus terbaik, budaya kerja berkualiti, akauntabiliti dan meningkatkan keyakinan rakyat melalui sistem penyampaian awam yang lebih cemerlang.

 

Objektif

Bertanggungjawab melaksanakan inisiatif penginstitusian integriti, meningkatkan tadbir urus, pematuhan, pengesanan salahlaku dan tindakan punitif dengan lebih fokus, terancang, cekap dan mencapai keberhasilan yang optimum.

Unit Integriti menjalankan enam (6) fungsi utama iaitu :

1. Tatatertib

  • Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan kerja-kerja pengurusan tatatertib.

2. Pengurusan Aduan

  • Pengurusan Aduan bermaksud pengurusan penerimaan maklumat/ aduan mengenai salah laku jenayah rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan serta pelanggaran tatakelakuan dan etika agensi bagi memastikan tindakan diambil ke atas setiap maklumat/ aduan. Sehubungan dengan itu, pengurusan aduan yang cekap adalah perlu dilaksanakan oleh pegawai yang ditempatkan di Sub-Unit Pengurusan Aduan. Fungsi-fungsi yang dijalankan di bawah Pengurusan Aduan adalah tidak terbatas kepada menyelia dan memantau pengurusan penerimaan aduan, tetapi pegawai-pegawai UI yang ditempatkan di Sub-Unit ini juga bertanggungjawab untuk memastikan kecekapan sistem aduan dilaksanakan.

3. Pengukuhan Nilai Integriti

  • Merupakan salah satu tanggungjawab penting bagi memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam agensi.

4. Tadbir Urus

  • Memastikan tadbir urus terbaik dilaksanakan di samping menangani isu-isu integriti, terutamanya berkaitan perilaku rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam agensi.

5. Pematuhan

  • Pemantauan ke atas pematuhan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa adalah perlu di setiap agensi awam bagi memastikan tiada ruang dan peluang untuk pegawai dan kakitangan melakukan kesalahan dari segi jenayah mahupun tatakelakuan dan etika.

6. Pengesanan dan Pengesahan

  • UI bertanggungjawab untuk membuat pengesahan dan pengesahan terhadap aduan salah laku jenayah, pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi yang diterima dan seterusnya memastikan tindakan susulan sewajarnya diambil.

Piagam Pelanggan

  1. Memproses semua maklumat atau aduan berkaitan jenayah rasuah, salah guna kuasa dan pelanggaran tatakelakuan yang diterima untuk tindakan selanjutnya oleh pihak-pihak berkaitan dalam tempoh dua (2) hari.
  2. Melaksanakan tugas pengesanan dan pengesahan maklumat atau aduan diterima melalui Kertas Penyiasatan Dalaman dan Kertas Pemeriksaan Awal dibuat secara objektif, teliti dan menyeluruh dalam tahun semasa.
  3. Menyiapkan Fail Tatatertib untuk dikemukakan kepada Lembaga Tatatertib berkaitan untuk pertimbangan dalam tempoh tiga (3) minggu bergantung kepada kerjasama ketua jabatan, pegawai terlibat dan dokumentasi.
  4. Menganjurkan program pengukuhan integriti dan pencegahan rasuah yang melibatkan program sehari atau lebih akan diuruskan dan dilaksanakan sehingga selesai dalam tempoh tiga (3) minggu.
  5. Menjayakan program atau memberi khidmat nasihat berkaitan pencegahan rasuah dan Tadbir Urus secara menyeluruh dan berkesan melalui Strategi Lautan Biru (NBOS).
  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Bioeconomy Corporation icon
  • Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) icon
  • Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) icon
  • myGovernment icon