Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT)
Y. Bhg Datuk/Dato'/To' Puan/Datin/Tuan/Puan,
Adalah saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Pihak Urus setia JPICT memohon kerjasama Bahagian/Jabatan/Agensi yang bercadang memohon kelulusan perolehan projek ICT di mesyuarat tersebut agar menghantarnya kepada Urus Setia JPICT MAFI melalui Sistem Aplikasi Profil Projek ICT (PROFIT). Permohonan kelulusan bagi projek ICT dibuka sepanjang tahun. Kertas yang diterima melewati tarikh akhir penghantaran kertas permohonan yang telah ditetapkan akan dibawa ke mesyuarat yang seterusnya. Sistem ini boleh dicapai melalui alamat https://profitv2.mampu.gov.my
3. Untuk tujuan permohonan kelulusan teknikal projek ICT, Bahagian/Jabatan/Majlis/Unit juga dipohon untuk menggunakan ID Pengguna dan kata laluan untuk menggunakan aplikasi PROFIT melalui Urus Setia JPICT MAFI.
4. Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) dan Jawatankuasa Teknikal ICT (JTI) mengikut Takwim MAFI 2020 dijadualkan seperti berikut :
Bil. Mesyuarat | Tarikh Mesyuarat JPICT | Tarikh Mesyuarat JTI |
---|---|---|
Bil. 1/2020 | 11 Februari 2020 (Selasa) | 23 Januari 2020 (Khamis) |
Bil. 2/2020 | 14 Mei 2020 (Khamis) | 30 April 2020 (Khamis) |
Bil. 3/2020 | 16 Julai 2020 (Khamis) | 2 Julai 2020 (Khamis) |
Bil. 4/2020 | 20 Oktober 2020 (Selasa) | 6 Oktober 2020 (Selasa) |
5. Untuk makluman maklumat mengenai Terma Rujukan JPICT dan Format Kertas Kerja boleh di muat turun seperti di bawah :
Tatacara Penyediaan Kertas Permohonan JPICT
Format Kertas Permohonan Kelulusan Teknikal Projek ICT
6. Semua permohonan bagi melaksanakan projek ICT juga perlu terlebih dahulu merujuk kepada :
7. Sebarang kertas kerja atau pertanyaan mengenai JPICT boleh dikemukakan kepada e-mel jpict@moa.gov.my dan pertanyaan mengenai Sistem Aplikasi PROFIT boleh dikemukakan kepada emel cheroslina@mampu.gov.my atau nombor telefon berikut : 03-8892 7502. Kerjasama dan perhatian Y.Bhg Datuk/Dato'/To'Puan/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.
URUS SETIA
MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT (JPICT) & JAWATANKUASA TEKNIKAL ICT (JTI)
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN