Bahagian Pentadbiran
Visi
Peneraju kecemerlangan tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan berinovasi bagi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.
Misi
Menyedia dan memberikan perkhidmatan sokongan yang terbaik kepada seluruh warga Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.
Objektif
Memberi khidmat sokongan pengurusan pentadbiran kepada Bahagian/Jabatan/Agensi ke arah mencapai objektif Kementerian.
- Menguruskan pelantikan Ahli Lembaga Pengarah Badan Berkanun MAFI
- Menguruskan permohonan urusan rasmi ke luar negara
- Menguruskan kewangan Bahagian
- Menguruskan perolehan bekalan/ perkhidmatan Kementerian
- Menguruskan rekod Kementerian di Bilik Fail dan pelaksanaan Sistem DDMS
- Menguruskan pelupusan rekod
- Melaksanakan kerja-kerja keurus setiaan bagi Mesyuarat peringkat Bahagian dan Kementerian
- Menguruskan sewa ruang Premis Kementerian
- Menguruskan aset alih Bahagian
- Menguruskan penyelenggaraan Bangunan
- Menguruskan kenderaan Kementerian dan Jabatan
- Menguruskan keselamatan Bangunan
- Menyelaras dan melaksanakan semua program kualiti dan inovasi di Kementerian
- Menyelaras Mesyuarat Semakan Semula Pencapaian Piagam Pelanggan Bahagian/Jabatan/Agensi di bawah Kementerian
- Menyelaras Program MS ISO 9001 : 2008 Kementerian
- Menyelaras Pelaksanaan Majlis Rasmi atau Program Kementerian seperti Perhimpunan Bulanan, Majlis Amanat YB Menteri, Majlis Berbuka Puasa, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, MAHA, HPPNK, KIK dan sebagainya.
- Menguruskan pendokumentasian bahan perpustakaan seperti Pengkelasan, pengkatalogan dan input entri bahan ke dalam Sistem Perpustakaan Bersepadu (VIRTUA)
- Menguruskan Perkhidmatan Perpustakaan seperti Keahlian, Perkhidmatan Pinjaman, Perkhidmatan Rujukan dan Perujukan, Pengguna, Keratan Akhbar
- Melaksanakan Pogram/Aktiviti Galakan Membaca@Perkongsian Ilmu
- Menyelaras Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Kementerian
Aplikasi Jumlah Pelawat ini hanya dipaparkan untuk Pengurus Laman bagi tujuan mengubah configurasi.