Bahagian Pengurusan Maklumat Bahagian Pengurusan Maklumat

Visi

Menjadi Peneraju dalam menyediakan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi di Kementerian.

 

Misi

Menyediakan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi yang berkualiti.

 

Objektif

Menerajui dalam perancangan dan pengurusan ICT yang berkualiti, selamat dan efisyen serta membudayaan penggunaan ICT kepada warga Kementerian.

Fungsi

  • Merancang, merangka dan melaksana Pelan Strategik ICT MAFI.
  • Menganalisis, mereka bentuk, membangun atau memantau, menguji dan menyelenggara sistem aplikasi yang dibangunkan secara dalaman atau ‘out source'.
  • Merangka dan melaksana Polisi Keselamatan Siber MAFI.
  • Menyedia, mengendali dan menyelenggara infrastruktur dan perkhidmatan ICT untuk Kementerian.
  • Mengawal selia kualiti sistem dan keselamatan ICT.
  • Membudayakan penggunaan ICT di Kementerian.
  • Memberi khidmat nasihat ICT kepada Kementerian.
  • Menjadi Urus setia kepada Jawatankuasa Pemandu ICT Kementerian.
  • Merancang dan mengurus hal-hal pentadbiran dan belanjawan Bahagian.

Pengurusan Pelaksanaan Sistem Aplikasi

Memastikan aplikasi kritikal berada di tahap ketersediaan sekurang-kurangnya 95%.

 

Perkhidmatan Sokongan Teknikal dan Khidmat Nasihat

  1. Memberi respon dalam tempoh dua (2) jam dari masa aduan diterima.
  2. Memastikan tindakan untuk mengatasi aduan permasalahan ICT :
    • Tujuh (7) hari bekerja bagi kategori tanpa alat ganti; dan
    • Tindakan penyelesaian 30 hari bekerja bagi kategori dengan alat ganti.
  3. Memastikan ketersediaan rangkaian mengikut Service Level Agreement (SLA) MAMPU pada kadar 99.5%.

 

Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT)

Memastikan surat kelulusan dikeluarkan dalam tempoh :

  • Tujuh (7) hari bekerja dari tarikh perakuan Urus Setia JPICT bagi kelulusan di peringkat Ketua Jabatan; dan
  • Tujuh (7) hari bekerja dari tarikh diluluskan dalam Mesyuarat JPICT bagi kelulusan di peringkat JPICT.

 

Pengurusan Aset Gunasama ICT

Memastikan pinjaman aset ICT diberi dalam tempoh satu (1) hari sebelum tarikh penggunaan tertakluk kepada permohonan lengkap diterima dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dan ketersediaan aset.

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Bioeconomy Corporation icon
  • Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) icon
  • Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) icon
  • myGovernment icon