Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik
Visi
Peneraju Perancangan Dasar Agromakanan Negara Selaras Dengan Matlamat Dasar Pembangunan Negara.
Misi
Menggembleng dan mengurus sumber secara mampan ke arah menjamin bekalan makanan dan memantap daya saing industri agromakanan negara.
Objektif
- Merancang pembangunan strategik sektor agromakanan bagi menjayakan matlamat Dasar Agromakanan Negara.
- Membangun dan memperkasakan pangkalan data agromakanan secara komprehensif bagi analisis menyeluruh industri agromakanan.
- Merancang, menggubal, mengkaji dan menggerakkan mekanisme dasar makro dan sektor agromakanan negara
- Menetapkan, mewujudkan dan menguruskan maklumat data dan statistik sektor agromakanan negara.
- Menetapkan hala tuju dan pendirian negara dalam isu pembangunan mampan sektor agromakanan negara
- Mengurus pengkalan data (One-stop Center), menyimpan dan mengemaskini informasi maklumat strategik agromakanan.
- Menyelaras penyelidikan kajian sosio ekonomi serta dokumen terperingkat dan khidmat keurusetiaan bagi mesyuarat pihak pengurusan tertinggi Kementerian.
Aplikasi Jumlah Pelawat ini hanya dipaparkan untuk Pengurus Laman bagi tujuan mengubah configurasi.